|
Hayati.... pandang dgn mata, lihat dgn hati, renung dgn akal.... Semoga yang baik dapat kita contohi bersama......
Syurga rumahtangga itu fitrah Ilahi Naluri semulajadi yg. pinta diisi Kerananya 'jejaka' rela menjadi suami Kerananya 'perawan' rela menjadi isteri Masing-masing dengan harapan Agar rumahtangga membawa kebahagiaan Matlamat yg. satu tapi jalan berliku Destinasi sama kaedah berbeza Lalu bermacam-macamlah jalan ke sana
Ada yang mengatakan Bahagia itu pada harta Diukir dari intan permata (gah! suamiku seorang jutawan) Tak kurang yg. merasakan Bahagia itu pada rupa Ditempa oleh wajah rupawan (wah! isteriku seorang jelitawan) Sesetengahnya berkeyakinan Bahagia itu pada nama Dibaja gelar yang glamour (ah, isteriku seorg. celebrity) Ramai jua yg. merasakan Bahagia itu pada kuasa Dituai oleh pangkat dan jawatan (wah, suamiku seorang negarawan)
Pelbagai jalan menimbul delima Mencari yang benar mempelai tersasar Kalaulah bahagia itu ada pada harta Kalaulah bahagia itu ada pada nama Kalaulah bahagia itu ada pada rupa Kalaulah bahagia itu ada pada kuasa Kenapa Charles & Diana berpisah? (seorang putera & seorang puteri) Kenapa Elvis & Priscilla berpecah? (seorang seniman & seorang seniwati) Kenapa Onasis & Jackie bertelagah? (seorang jutawan seorang celebrity)
Bahagia itu dari dalam diri Kesannya zahir rupanya maknawi Terpendam bagai permata di dasar hati Terbenam bagai mutiara disalut nurani Bahagia itu pada HATI Bertakkhta di kerajaan diri Bahagia itu pada JIWA Mahkota di singgahsana rasa Bahagia itu KESABARAN Bila susah tak gelisah Bila miskin tak pemarah Bila sakit tak gundah Bila gagal tak resah
Bahagia itu KESYUKURAN Bila kaya pemurah Bila berkuasa amanah Bila berjaya tak alpa Hakikatnya bahagia itu KETENANGAN Bila hati mengingati Tuhan Firman Allah "Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketengan pada hati" Suami isteri sama-sama mengerti Maksud terseni takdir Ilahi Itulah zikir yang hakiki Binalah rumahtangga atas tapak iman Tuliskan niat luruskan matlamat "suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi" "isteriku, kaulah permaisuri hati penyeri Islamku nanti" Muktamadlah akad sahlah nikah Dengan nama Allah Gerbang perkahwinan pun terserlah
Diatas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan Iman itu tujuan syariat itu jalan Tempat merujuk segala permasalahan Tempat mencari semua penyelesaian
"Isteriku, taatilah hukum Allah" "Suamiku, patuhilah sunnah Rasulullah" Binalah hidup di neraca makruf Rumah jadi sambungan madrasah Serinya kerana solat Indahnya oleh munajat Tapaknya.........iman Jalannya...........syariat Natijahnya............akhlak Tiga penjamin segala Kunci kebahagiaan rumahtangga
Dan terciptalah: "setia dan penyayang suami" "cinta dan kasih isteri" Lalu berbuahlah: 'mahmudah demi mahmudah' Yang melahirkan 'soleh dan solehah'
|